PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN MEROTAI BESAR,P/S 572, 91008 TAWAU, SABAH. TEL/FAX: 089-902772 email kami: ppiskmb@gmail.com
Sunday, November 15, 2009
TAQWIM SOLAT 1431H/2009-2010M
Saturday, November 7, 2009
maksiat
Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:
- Bercakap banyak
- Suka marah-marah
- Berhasad dengki
- Bakhil
- Suka bermegah-megah
- Sombong dan takbur dengan diri sendiri
- Cintakan dunia
- Suka memfitnah
- Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
- Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.
Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik. Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat. Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.